- Iklan -
Luar Sana

OpenAI lancar aplikasi ChatGPT di telefon pintar

Buat masa ini, ia boleh dimuat turun di ‘Apple app store’ dan akan tersedia untuk peranti Android 'tidak lama lagi'.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Logo OpenAI dipaparkan berhampiran maklum balas AI daripada chatbot ChatGPT di laman webnya. Gambar: Reuters
Logo OpenAI dipaparkan berhampiran maklum balas AI daripada chatbot ChatGPT di laman webnya. Gambar: Reuters

Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu memberikan jawapan seperti manusia pada semua subjek, ChatGPT kini tersedia di “Apple app store”.

Menurut syarikat pembangun teknologi itu yang disokong Microsoft, OpenAI pengenalan pada platform aplikasi Apple adalah selepas mendengar permintaan daripada penggunanya yang “gemar menggunakan ChatGPT di mana-mana saja”.

Dengan beralih kepada telefon pintar, OpenAI meneruskan langkah di pasaran enjin carian, yang dikuasai secara besar-besaran oleh Google, bagi memberi tekanan dengan kebangkitan AI generatif.

Ditawarkan secara percuma, aplikasi itu akan membolehkan pengguna "mendapatkan maklumat yang tepat tanpa menapis iklan atau pilihan carian," kata OpenAI di laman webnya, yang melakukan sindiran halus terhadap enjin carian Google. 

Aplikasi itu juga boleh memberi "panduan tentang memasak, rancangan perjalanan, atau mencipta mesej yang bernas," tambah syarikat itu.

OpenAI berkata ia memulakan pelancaran di AS dan akan berkembang ke negara lain dalam tempoh beberapa minggu akan datang. 

ChatGPT akan tersedia pada peranti Android "tidak lama lagi," tambahnya. 

Kuasa ChatGPT sudah tersedia pada telefon pintar, melalui aplikasi carian Bing Microsoft, yang menggunakan teknologi daripada OpenAI. 

“App store” juga dipenuhi dengan aplikasi yang merancakkan gelombang keseronokan persekitaran AI.

Pemilik Facebook Meta bulan lepas memberi amaran tentang perisian berniat jahat yang menyamar sebagai ChatGPT atau alat AI yang sama.