- Iklan -
Luar Sana

China keluarkan panduan sistem penjagaan asas warga emas menjelang 2025

Parti pemerintah republik itu telah mengerahkan sumber untuk memastikan kumpulan umur yang lebih terdedah dijaga.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pasangan warga emas bersenam di luar rumah di Heyuejia, sebuah rumah jagaan warga emas, di Beijing, China 26 Mei 2021. Gambar: Reuters
Pasangan warga emas bersenam di luar rumah di Heyuejia, sebuah rumah jagaan warga emas, di Beijing, China 26 Mei 2021. Gambar: Reuters

China mengeluarkan panduan kepada semua wilayah untuk membina sistem penjagaan asas warga emas menjelang 2025, kata agensi berita Xinhua yang dikendalikan kerajaan pada Ahad, dalam langkah terbaharu untuk mencegah krisis demografi. 

Parti pemerintah telah mengerahkan sumber untuk memastikan kumpulan umur yang lebih terdedah dijaga. 

Pada 2020, warganegara berumur 65 tahun ke atas menyumbang 13.5% daripada populasi China, berbanding 8.87% yang didaftarkan pada 2010. 

"Menggalakkan pembinaan sistem perkhidmatan penjagaan asas warga tua adalah tugas penting untuk melaksanakan strategi nasional secara aktif terhadap penuaan penduduk dan mencapai penyamaan perkhidmatan asas awam," kata Xinhua. 

Menurut republik itu, garis panduan berkenaan memerlukan semua wilayah supaya melaksanakan senarai perkhidmatan penjagaan asas warga emas, berdasarkan faktor seperti tahap pembangunan ekonomi dan sosial serta keadaan kewangan.