- Iklan -
Luar Sana

Zelenskyy nafi Rusia tawan Bakhmut

Zelenskyy seolah-olah mengakui kekalahan itu dalam komennya pada Ahad sebelum kembali menafikannya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan udara menunjukkan bangunan kediaman di Bakhmut musnah, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di wilayah Donetsk, 21 Mei. Gambar Reuters
Pemandangan udara menunjukkan bangunan kediaman di Bakhmut musnah, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, di wilayah Donetsk, 21 Mei. Gambar Reuters

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Ahad menafikan bahawa Rusia menguasai Bakhmut selepas tentera republik itu dirakam menaikkan bendera di bandar yang menjadi perebutan itu, lapor Sputnik.

"Saya sudah pasti tahu apa yang berlaku di Bakhmut... Sehingga hari ini, Bakhmut tidak diduduki oleh Persekutuan Rusia," katanya pada sidang media di luar sidang kemuncak G7 di Hiroshima, Jepun.

Pada Sabtu, ketua syarikat tentera swasta Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, mengumumkan penaklukan Bakhmut. Kementerian Pertahanan Rusia kemudiannya mengesahkan bahawa bandar itu telah jatuh sepenuhnya dalam kawalan tentera Rusia.

Zelenskyy seolah-olah mengakui kekalahan itu dalam komennya pada Ahad sebelum kembali menafikannya. 

Prigozhin berkata: "tidak ada seorang pun askar Ukraine di bandar itu dan mendakwa presiden Ukraine itu sama ada tidak jujur atau tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya di lapangan.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.