Gagal capai majoriti, PM Greece mahu pilihan raya penentu diadakan
Pilihan raya pusingan kedua itu dijadual diadakan seawal 25 Jun.
Terkini
Perdana Menteri Greece, pilihan raya, mahu pilihan raya penentu diadakan berikutan pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad.
Pilihan raya pusingan kedua itu dijadual diadakan seawal 25 Jun, lapor Xinhua.
Pada pilihan raya umum Ahad lalu, parti pemerintah, Parti Demokrasi Baru (ND) memenangi 146 kerusi. Parti pembangkang, SYRIZA-Progressive Alliance, memperoleh 71 kerusi.
Bagaimanapun, ND gagal memperoleh majoriti untuk parlimen yang mempunyai 300 kerusi itu.
Dalam pilihan raya penentu, sistem pilihan raya yang disemak semula akan digunakan, memberikan bonus sehingga 50 kerusi tambahan untuk parti yang menang, sekali gus memudahkan pembentukan kerajaan yang ditadbir oleh satu parti sahaja.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.