- Iklan -
Luar Sana

16 suspek terlibat protes tahan bekas PM Khan dihadap ke mahkamah tentera Pakistan

Menurut tentera suspek keganasan itu akan dibicarakan di mahkamah tentera, tertakluk kepada perundangan yang digunakan untuk membicarakan musuh negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penyokong bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan melontar batu ke arah polis semasa protes terhadap penahanan Khan, di Peshawar, Pakistan, 10 Mei. Gambar: Reuters
Penyokong bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan melontar batu ke arah polis semasa protes terhadap penahanan Khan, di Peshawar, Pakistan, 10 Mei. Gambar: Reuters

Mahkamah Pakistan di Lahore semalam menyerahkan 16 orang awam kepada pihak tentera untuk dibicarakan kerana disyaki terlibat dalam protes susulan penahanan bekas Perdana Menteri Imran Khan bulan ini. 

Menurut tentera suspek keganasan itu akan dibicarakan di mahkamah tentera, tertakluk kepada perundangan yang digunakan untuk membicarakan musuh negara.

Khan telah ditangkap pada 9 Mei lalu. 

Dua hari kemudian, Mahkamah Agung memutuskan bahawa penahanan itu menyalahi undang-undang.

Protes berikutan penahanan Khan oleh agensi antirasuah itu termasuk orang ramai yang menyerbu markas tentera, termasuk membakar rumah milik seorang jeneral tertinggi di Lahore.

Sejak itu, ribuan orang awam, kebanyakannya penyokong bekas perdana menteri Khan ditangkap.

Seorang daripada 16 suspek adalah ahli parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) dan orang kanan Khan yang telah dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya wilayah akan datang, Azhar Siddique, lapor Reuters. 

“16 mereka akan disiasat oleh tentera dan dibicarakan di mahkamah tentera,” katanya. 

Mahkamah tentera beroperasi di bawah sistem yang berasingan daripada sistem perundangan awam.

Perbicaraan akan dijalankan secara tertutup kepada orang luar dan media tidak dibenarkan mengikutinya.

Kumpulan hak asasi manusia telah mengkritik proses berkenaan.

Protes itu bertepatan dengan krisis ekonomi terburuk Pakistan dalam beberapa dekad, dengan rekod inflasi tinggi, pertumbuhan anemia dan pembiayaan IMF ditangguhkan selama berbulan-bulan, mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu mungkin terkesan dengan obligasi pembayaran luarnya. 

Tentera telah memerintah negara Asia Selatan itu berdekad lamanya melalui tiga rampasan kuasa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.