- Iklan -
Luar Sana

Sebuah daerah di Amsterdam kuat kuasa larangan hisap ganja

Papan tanda dipasang di kawasan kejiranan berdekatan terusan yang terkenal dengan rumah pelacuran, kelab seks dan kafe ganja, yang menarik jutaan pelancong setahun, tetapi mengganggu penduduk.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa kelab seks popular di daerah 'Red Light' Amsterdam, Belanda, 15 Mac 2020. Gambar: Reuters
Beberapa kelab seks popular di daerah 'Red Light' Amsterdam, Belanda, 15 Mac 2020. Gambar: Reuters

Sebuah daerah dikenali "Red Light" yang menjadi tarikan pelancong dan terkenal dengan sarang pelacuran di Amsterdam menguatkuasakan larangan menghisap ganja di tempat awam bermula semalam.

Ia sebagai sebahagian daripada desakan oleh datuk bandar wanita pertama bandaraya berkenaan bagi membersihkan kawasan tersebut.

Papan tanda dipasang di kawasan kejiranan berdekatan terusan yang terkenal dengan rumah pelacuran, kelab seks dan kafe ganja, yang menarik jutaan pelancong setahun, tetapi mengganggu penduduk.

Individu yang ditangkap melanggar larangan itu kini berisiko didenda AS$110 (kira-kira RM508). 

Datuk Bandar Femke Halsema berjanji untuk memperbaiki persekitaran pekerja seks termasuk mengurangkan jenayah serta pengambilan ganja dan alkohol secara berlebihan. 

Perbincangan sedang dijalankan untuk memindahkan pelancongan seks dan dadah keluar dari pusat bandar, tetapi terdapat tentangan daripada penduduk di lokasi alternatif yang dicadangkan itu. 

Orang ramai masih dibenarkan merokok di dalam kedai kopi yang menjual ganja di daerah serta bahagian lain di bandar ini. 

Penggunaan ganja untuk kegunaan peribadi pada kuantiti kecil adalah dibenarkan oleh pihak berkuasa di Belanda.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.