- Iklan -
Luar Sana

Suspek bunuh 4 mangsa termasuk 2 anggota polis Jepun ditahan

Lelaki itu ditahan di hadapan rumah bapanya di bandar Nakano.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah kereta peronda polis yang membawa seorang lelaki disyaki terlibat dalam insiden tembak dan tikam empat mangsa memasuki Balai Polis Nakano di Nakano, Jepun, 26 Mei. Gambar: Reuters
Sebuah kereta peronda polis yang membawa seorang lelaki disyaki terlibat dalam insiden tembak dan tikam empat mangsa memasuki Balai Polis Nakano di Nakano, Jepun, 26 Mei. Gambar: Reuters

Suspek dalam serangan yang membunuh empat orang termasuk dua pegawai polis di tengah Jepun ditahan awal Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Lelaki itu ditahan di hadapan rumah bapanya di bandar Nakano, lapor stesen televisyen Jepun NHK dan Agensi Berita Kyodo.

Empat individu terbunuh dalam serangan pada Khamis di Bandar Nakano, di wilayah Nagano di pulau Honshu. 

Seorang lelaki bertopeng menyerang beberapa individu dengan pistol dan pisau, lapor media Jepun.

Suspek didakwa menikam seorang wanita hingga maut dan menembak mati dua anggota polis dengan senapang memburu berhampiran rumah bapanya sebelum bersembunyi di kediaman itu selama beberapa jam.

Seorang wanita warga emas turut ditemukan cedera dan tidak sedarkan diri di luar rumah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Penyerang didakwa memakai pakaian penyamaran, topi, cermin mata hitam dan topeng ketika melarikan diri.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.