- Iklan -
Luar Sana

Korea Selatan beri amaran bantah pelan pelancaran satelit Korea Utara

Andai satelit berkenaan dilancarkan, Korea Utara akan menanggung akibat buruk, menurut Kementerian Luar Korea Selatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan anak perempuannya Kim Ju Ae bertemu dengan ahli Jawatankuasa Tidak Tetap Persediaan Pelancaran Satelit, ketika beliau memeriksa satelit peninjau tentera pertama negara itu, di Pyongyang, Korea Utara 16 Mei. Gambar: Reuters
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan anak perempuannya Kim Ju Ae bertemu dengan ahli Jawatankuasa Tidak Tetap Persediaan Pelancaran Satelit, ketika beliau memeriksa satelit peninjau tentera pertama negara itu, di Pyongyang, Korea Utara 16 Mei. Gambar: Reuters

Korea Selatan memberi amaran kepada jirannya, Korea Utara terhadap rancangan Pyongyang melancarkan satelit, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan Kementerian Luar di Seoul pada Isnin, andai satelit berkenaan dilancarkan, Korea Utara akan menanggung akibat buruk.

Kementerian itu mendakwa, jirannya yang dipencil masyarakat antarabangsa itu merancang melancarkan roket secara haram. Ia menegaskan, negara itu perlu serta merta menggugurkan rancangan itu.

Korea Selatan mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pengawal Pantai Jepun yang menyatakan ia dimaklumkan oleh Korea Utara mengenai pelan pelancaran satelit dalam masa terdekat.

Pelancaran berkenaan dirancang antara 31 Mei dan 11 Jun.

Pada bulan lalu, media Korea Utara pembangunan satelit peninjau Bumi pertama negara itu untuk tujuan ketenteraan, sudah pun siap dan ia bakal dilancarkan pada tarikh yang dirancang.

Tokyo mengesyaki, ia akan dilancarkan menggunakan peluru berpandu jarak jauh.

Roket angkasa lepas dan peluru berpandu jarak jauh dibangunkan menggunakan teknologi hampir sama.

Korea Utara dilarang menguji peluru berpandu seperti yang termaktub dalam ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Berdasarkan bentuk rekaannya, peluru berpandu seumpama boleh dilengkapi satu atau dua bom nuklear.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.