Peru isytihar darurat di 131 daerah susulan fenomena El Nino
Langkah itu diambil bagi membolehkan kerajaan negara itu melaksanakan tindak balas kecemasan dan pemulihan.
Terkini
Kerajaan Peru pada Isnin mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 131 daerah berikutan "bahaya” yang kemungkinan berlaku disebabkan fenomena El Nino, lapor Xinhua.
Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, daerah itu termasuk Apurimac, Cusco, Junin dan Puno.
Langkah itu diambil bagi membolehkan Institut Pertahanan Awam Negara, Kementerian Kesihatan dan institusi lain bersama-sama untuk melaksanakan tindak balas kecemasan dan pemulihan.
El-Nino dikaitkan dengan cuaca panas bersama hujan lebat antara April hingga Oktober setiap tahun di sepanjang utara Peru dan Ecuador, mengakibatkan banjir besar.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.