- Iklan -
Luar Sana

Bekas presiden El Salvador Mauricio Funes dipenjara 14 tahun

Mauricio Funes didapati bersalah terlibat dengan kumpulan haram dan salah guna kuasa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden El Salvador Mauricio Funes. Gambar: Facebook
Bekas presiden El Salvador Mauricio Funes. Gambar: Facebook

Bekas presiden El Salvador Mauricio Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana berurusan dengan kumpulan samseng semasa pentadbirannya, kata Peguam Negara El Salvador pada Isnin, lapor Sputnik.

"Bekas Presiden Mauricio Funes telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan bekas menteri Keselamatan dan Keadilan Awam, David Munguia Payes, dihukum penjara 18 tahun. Peguam Negara mengemukakan banyak bukti yang membuktikan kesalahan bekas pegawai itu," memetik kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Peguam Negara Rodolfo Delgado berkata dua bekas pegawai itu yang sepatutnya melindungi rakyat Salvador tetapi sebaliknya "menjual nyawa mereka sebagai pertukaran untuk bantuan pilihan raya, bertindak sebagai ahli kumpulan".

Mauricio Funes didapati bersalah terlibat dengan kumpulan haram dan salah guna kuasa. 

Munguia Payes juga didapati bersalah kerana bertindak sewenang-wenangnya.

Funes menjadi presiden Salvador kedua yang disabitkan bersalah kerana melanggar undang-undang semasa memegang jawatan dari 2009 hingga 2014. 

Pada 2018, Tony Saca, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah menggelapkan lebih AS$300 juta dana negara.