- Iklan -
Luar Sana

10 lelaki bersenjata maut, 4 polis cedera dalam insiden tembakan di lebuh raya Mexico

Menurut pihak berkuasa, mereka berjaya merampas 12 senjata berkaliber besar, bom tangan, 100 butir peluru serta tiga trak perisai.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan keselamatan berkawal berhampiran tempat kejadian di lebuh raya Monterrey – Nuevo Laredo, di Sabinas Hidalgo, Mexico 29 Mei. Gambar: Reuters
Pasukan keselamatan berkawal berhampiran tempat kejadian di lebuh raya Monterrey – Nuevo Laredo, di Sabinas Hidalgo, Mexico 29 Mei. Gambar: Reuters

Kejadian berbalas tembakan di lebuh raya utara Mexico menyebabkan 10 suspek penjenayah maut dan empat pegawai polis cedera, kata pihak berkuasa lewat kelmarin.

“Pegawai polis berjaya membunuh 10 suspek penjenayah bersenjata di lebuh raya Monterrey-Nuevo Laredo,” menurut kenyataan rasmi. 

Insiden itu berlaku petang Isnin selepas pegawai diserang, katanya. 

Tambah kenyataan itu, empat pegawai polis cedera tetapi kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Menurut pihak berkuasa, mereka berjaya merampas 12 senjata berkaliber besar, bom tangan, 100 butir peluru serta tiga trak perisai. 

Insiden tembak-menembak itu berlaku ketika negara bergelut dengan keganasan kartel dadah dan kadar pembunuhan yang tinggi. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasing oleh pihak berkuasa dua anggota tentera terbunuh dalam serangan yang disyaki penjenayah terancang di San Luis Potosi, tengah Mexico awal pagi semalam.