- Iklan -
Luar Sana

Gaji minimum di Australia naik 5.75% berkuat kuasa 1 Julai

Pekerja bergaji paling rendah akan menerima A$22.61 (AS$15.34 bersamaan RM70.75) sejam.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail menunjukkan rang ramai yang berkunjung ke pasar raya Coles di Sydney, Australia, 17 Jun 2020. Gambar: Reuters
Gambar fail menunjukkan rang ramai yang berkunjung ke pasar raya Coles di Sydney, Australia, 17 Jun 2020. Gambar: Reuters

Badan Penetapan Gaji Bebas Australia mengumumkan akan menaikkan gaji minimum sebanyak 5.75% mulai 1 Julai, ketika orang ramai bergelut dengan kos sara hidup yang melambung tinggi. 

Pekerja bergaji paling rendah akan menerima A$22.61 (AS$15.34 bersamaan RM70.75) sejam, menurut pengiraan Reuters berdasarkan kadar semasa A$21.38. 

Keputusan daripada Suruhanjaya Kerja Adil (FWC) akan memanfaatkan lebih dua juta pekerja. 

"Tahap kenaikan gaji yang telah kami tentukan adalah dianggap paling munasabah dan boleh dibenarkan dalam keadaan ekonomi semasa," kata Presiden Adam Hatcher. 

"Kami yakin kenaikan yang telah kami tentukan hanya akan memberi sumbangan sederhana kepada jumlah pertumbuhan gaji pada 2023-24 dan seterusnya tidak akan menyebabkan sebarang lingkaran harga gaji." 

Kenaikan itu adalah lebih tinggi berbanding peningkatan sebanyak 5.2% tahun lepas.

Beberapa pakar ekonomi bimbang lonjakan inflasi sebanyak 7%, yang boleh menetapkan penanda aras untuk jangkaan gaji lain dan menyukarkan tugas Reserve Bank of Australia untuk mengembalikan semula inflasi kepada julat sasaran 2% hingga 3%.

Setakat ini, pertumbuhan gaji agregat – yang meningkat dalam tempoh sedekad sebanyak 3.7% pada suku lalu – ketinggalan ramalam, dengan Gabenor Philip Lowe memberi amaran tentang risiko kenaikan gaji daripada pertumbuhan produktiviti yang lemah.

Ketua Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Australia, Andrew McKellar berkata peningkatan itu akan menambah anggaran kos A$12.6 bilion untuk perniagaan yang sudah bergelut dengan isu rantaian bekalan dan harga tenaga yang tinggi. 

Menjelang kenyataan FWC, Ketua Ekonomi Australia ANZ Adam Boyton berkata dalam nota beliau kini menjangkakan RBA akan menaikkan kadar dua kali lagi tahun ini, membawa kadar tunai ke puncak 4.35%, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kos buruh.