- Iklan -
Berita

Indonesia hantar pulang warga Australia yang ditangkap kerana mabuk, berbogel

Bodhi Mani Risby-Jones ditangkap oleh polis pada April lalau selepas didapati berada dalam keadaan mabuk melalui sebuah kampung di Pulau Simeulue di luar wilayah Aceh.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelayar Australia Bodhi Mani Risby-Jones tersenyum ketika diserahkan kepada pihak imigresen selepas dibebaskan dari penjara di Meulaboh pada 7 Jun. Gambar: AFP
Pelayar Australia Bodhi Mani Risby-Jones tersenyum ketika diserahkan kepada pihak imigresen selepas dibebaskan dari penjara di Meulaboh pada 7 Jun. Gambar: AFP

Seorang lelaki warga Australia yang ditangkap kerana mabuk, berkelakuan ganas dan berbogel di tempat awam di wilayah ultra konservatif Islam Indonesia, Aceh, akan dihantar pulang, kata pihak berkuasa. 

Bodhi Mani Risby-Jones, 23, ditahan polis pada April lalu selepas didapati bergelandangan dalam keadaan mabuk melalui sebuah kampung di Pulau Simeulue di luar wilayah Aceh. 

Penduduk berkata, Risby-Jones, yang dalam rombongan bagi menyertai acara meluncur ke pulau itu didapati menyerang mereka, melepaskan tumbukan dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang nelayan.

Risby-Jones dibebaskan daripada penjara di Simeulue pada Rabu selepas dia memohon maaf dan membayar pampasan berjumlah AS$16,778 (kira-kira RM77,400) kepada mangsa. 

Dia bagaimanapun tidak dikenakan tuduhan jenayah. 

Risby-Jone berkata dia "sangat lega dan gembira" dibebaskan selepas "memperbodohkan diri sendiri", menurut media. 

Warga Australia itu diserahkan kepada imigresen "untuk dihantar pulang ke negaranya dan sedang menunggu tiket dari kedutaannya," kata Fauzi, seorang pegawai imigresen, di Meulaboh, sebuah bandar di tanah besar Aceh.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.