- Iklan -
Luar Sana

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis

Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Duta Lubnan ke Perancis Rami Adwan. Gambar: AFP
Duta Lubnan ke Perancis Rami Adwan. Gambar: AFP

Lubnan pada Jumaat memanggil balik dutanya ke Perancis susulan dakwaan rogol yang dihadapinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Sementara itu, Kementerian Luar Perancis dimaklumkan bahawa Ziad Taan akan mengetuai misi Lubnan di sana sebagai kuasa usaha.

Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris.

Dua bekas pekerja kedutaan memfailkan aduan terhadapnya dan aduan pertama difailkan pada Jun 2022, menurut sumber kehakiman Lubnan. 

"Buat masa ini, Kementerian Luar Lubnan perlu menghantar hasil siasatan kepada badan kehakiman Lubnan dan jika ada bukti, dia akan dibicarakan di Lubnan," kata sumber itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.