‘Saya didakwa berhubung dokumen sulit’, kata Trump
FBI pada Ogos lalu menggeledah ladang Mar-a-Lago Trump di Palm Beach, Florida dan merampas beberapa dokumen keselamatan negara yang sangat sulit.
Terkini
Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau didakwa berhubung pengendalian dokumen sulit, kata calon Pemilihan Presiden AS 2024 itu di platform Truth Social, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Pentadbiran Biden yang korup telah memaklumkan kepada peguam saya bahawa saya telah didakwa atas Boxes Hoax," kata Trump dalam catatan itu, sambil menambah dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Ogos lalu menggeledah ladang Mar-a-Lago Trump di Palm Beach, Florida dan merampas beberapa dokumen keselamatan negara yang sangat sulit.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.