G7 sedang usaha skim perangi suspek curi bijirin Ukraine
Britain mengumumkan gelombang baru sekatan bulan lalu ke atas Rusia berhubung perangnya terhadap Ukraine, menyasarkan ‘individu dan entiti yang berkait dengan kecurian bijirin Ukraine.
Terkini
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) sedang mengusahakan satu skim untuk memerangi suspek kecurian bijirin Ukraine dengan menggunakan pengenalan kimia asal bijirin, kata Menteri Makanan dan Pertanian Britain Mark Spencer pada Isnin.
Spencer memberitahu persidangan International Grains Council (IGC) di London bahawa Britain menerajui skim itu, dan negara G7 juga bekerjasama rapat dengan Ukraine, pengeksport bijirin keempat terbesar di dunia.
"Kami percaya (pengenalan kimia) akan menjadi cara yang berkesan untuk menghalang pencurian lagi bijirin Ukraine," kata Spencer.
Britain mengumumkan gelombang baru sekatan bulan lalu ke atas Rusia berhubung perangnya terhadap Ukraine, menyasarkan "individu dan entiti" yang berkait dengan kecurian bijirin Ukraine.
Menyasarkan entiti yang terlibat dalam perdagangan bijirin adalah luar biasa kerana aktiviti sedemikian biasanya berada di bawah pengecualian kemanusiaan daripada sekatan.
Kedua-dua negara, Rusia dan Ukraine adalah pengeksport bijirin utama ke negara-negara membangun di Afrika dan Asia Barat.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.