- Iklan -
Luar Sana

3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di Texas

Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai 'ComoFest'.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai polis berkawal di sempadan AS-Mexico, di Brownsville, Texas pada 11 Mei. Gambar: AFP
Pegawai polis berkawal di sempadan AS-Mexico, di Brownsville, Texas pada 11 Mei. Gambar: AFP

Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tembakan pada malam Isnin di pusat bandar Fort Worth, Texas, Jabatan Polis Fort Worth pada Selasa.

Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai "ComoFest”, lapor Xinhua.

"Pertunjukan bunga api sedang berlangsung, orang ramai cuba melarikan diri dari kawasan itu, jadi sukar bagi pegawai kami untuk mengawal keadaan," kata jurucakap Jabatan Polis Fort Worth, Kapten Shawn Murray pada sidang akhbar.

Tiada penahanan dibuat setakat pagi Selasa dan motif serangan masih belum diketahui.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi