Bekas pekerja Twitter memfailkan saman terhadap syarikat itu dan pemiliknya Elon Musk, atas penafian untuk membayar sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam pakej pemecatan, lapor Sputnik.
"Perintah itu mengarahkan defendan supaya mengemukakan syarat pemecatan penuh mengikut rancangannya kepada semua pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dari tarikh pengambilalihan syarikat oleh Musk sehingga setahun dari tarikh penghakiman, jumlah yang tidak kurang daripada AS$500 juta, selain faedah prapenghakiman dan selepas penghakiman pada kadar maksimum mengikut undang-undang," menurut tuntutan itu pada Rabu.
Aduan itu difailkan di mahkamah di Daerah Utara California terhadap Courtney McMillian, pekerja di jabatan sumber manusia Twitter, sebagai plaintif utama dalam kes itu.
Pada hujung Oktober 2022, Musk memuktamadkan pemerolehan US$44 bilion ke atas Twitter, sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan pada 2006, dan beribu pejabat di San Francisco, California.
Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk memecat eksekutif yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, selain kira-kira dua pertiga pekerja.