Pita gagal dipilih PM baru Thailand
Proses pengundian pusingan kedua untuk melantik pengganti Prayut Chan-o-chan dijadualkan pada Rabu depan.
Pita Limjaroenrat hari ini gagal dalam usaha awalnya untuk menjadi perdana menteri Thailand ke-30, selepas beliau tidak mendapat sokongan yang diperlukan daripada Parlimen Dwikameral.
Pemimpin Move Forward itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Thailand, menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan namun gagal meraih sokongan yang diperlukan dengan ramai ahli Parlimen berkecuali dan mengundi menentangnya.
Parlimen dijangka mengadakan satu lagi undian minggu depan, dengan Pita boleh bertanding jika dicalonkan semula.
Proses pengundian pusingan kedua untuk melantik pengganti Prayut Chan-o-cha dijadualkan pada Rabu depan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.