- Iklan -
Luar Sana

Netflix hapus pelan asas tanpa iklan termurah di AS, UK

Perintis penstriman video itu telah melancarkan pilihan pelan berharga AS$7 sebulan dengan iklan pada November lalu di 12 negara, termasuk AS, sebagai alternatif kepada pelan tanpa iklan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Netflix dipaparkan pada salah satu bangunan Hollywood mereka di Los Angeles, California, AS, 12 Julai. Gambar: Reuters
Logo Netflix dipaparkan pada salah satu bangunan Hollywood mereka di Los Angeles, California, AS, 12 Julai. Gambar: Reuters

Netflix menghapuskan pelan asasnya di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di mana pengguna boleh menonton rancangan dan filem tanpa iklan komersial.

Ini kerana syarikat itu cuba menarik lebih ramai pelanggan ke peringkat yang disokong iklannya. 

Syarikat itu dalam laman sesawangnya memaklumkan pelan asas berharga AS$9.99 sebulan (kira-kira RM45) tidak lagi tersedia untuk pengguna baharu atau yang melanggan semula. 

Pengguna yang telah pun menggunakan pelan itu boleh terus menggunakan pelan itu sehingga mereka menukar rancangan atau membatalkan akaun mereka. 

Perintis penstriman video itu telah melancarkan pilihan pelan berharga AS$7 sebulan dengan iklan pada November lalu di 12 negara, termasuk AS, sebagai alternatif kepada pelan tanpa iklan. 

Ia direka untuk menarik lebih ramai pelanggan dan menambah aliran hasil baharu apabila persaingan untuk penonton dalam talian semakin sengit. 

Netflix juga telah bertindak terhadap isi rumah yang berkongsi kata laluan pada bulan Mei dan memaksa pengguna yang berkongsi akaun di luar rumah yang sama untuk membayar yuran tambahan, yang seterusnya mencetuskan ramai pengguna untuk mendaftar bagi pelan yang lebih murah.

"Kami menjangkakan aspek paling penting dalam tindakan tegas Netflix terhadap perkongsian kata laluan akan menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pengguna ke pelan bernilai $6.99, seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding pengiklanan," kata penganalisis Macquarie. 

Pada Mei lalu, syarikat itu berkata peringkat yang disokong iklan mencapai hampir 5 juta pengguna aktif setiap bulan, dalam nada yang menekankan keluasan pengaturcaraannya kepada bakal pengiklan.

Syarikat itu dijadualkan melaporkan keputusan suku kedua selepas pasaran hari ini di mana pelabur akan menilai risiko daripada mogok berterusan di Hollywood.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.