- Iklan -
Luar Sana

Musk perkenal logo X ganti burung biru Twitter

Logo Twitter asal telah direka pada tahun 2012 oleh sepasukan tiga individu.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Akaun Twitter Elon Musk dilihat dalam ilustrasi ini diambil pada 24 Julai. Gambar: Reuters
Akaun Twitter Elon Musk dilihat dalam ilustrasi ini diambil pada 24 Julai. Gambar: Reuters

Elon Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Linda Yaccarino melancarkan logo untuk platform media sosial semalam yang memaparkan “X” putih pada latar belakang hitam sebagai pengganti simbol burung biru. 

"X ada di sini! Mari lakukannya," ciap Yaccarino, yang turut menyiarkan gambar logo yang dipamerkan pada pejabat syarikat di San Francisco. 

Yaccarino dan Musk menampilkan logo X, walaupun burung biru Twitter masih kelihatan di seluruh platform. 

"#GoodbyeTwitter” (Selamat Tinggal Twitter) menjadi trending di platform media sosila dengan merujuk kepada logo lama kerana sesetengah pengguna mengkritik logo baharu. 

Musk pada siaran kelmarin berkata beliau mahu menukar logo Twitter dan melakukan tinjauan terhadap pengikutnya sama ada mereka akan memilih menukar skema warna laman web itu daripada biru kepada hitam.

Beliau menyiarkan gambar X yang digayakan dengan latar belakang bertemakan angkasa lepas hitam. 

Musk juga merujuk kepada "logo interim X," dan tweet bahawa "tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter dan, secara beransur-ansur, termasuk burung". 

Dalam jawapan kepada ciapan yang bertanya apa yang akan dipanggil di bawah logo X, Musk menjawab "x's". 

Logo Twitter asal telah direka pada 2012 oleh sepasukan tiga individu. 

"Logo itu direka bentuk untuk menjadi ringkas, seimbang dan boleh dibaca pada saiz yang sangat kecil, hampir seperti huruf kecil "e"," tulis Martin Grasser, salah seorang perekanya. 

Ketua Strategi di Agensi Kreatif House 337, Matt Rhodes memberitahu Reuters sebarang perubahan pada jenama yang begitu mantap dalam budaya popular adalah satu risiko. 

"Hanya beberapa jenama telah berjaya atau melihat diri mereka dirujuk dalam saluran berita global sekerap Twitter," katanya. 

"Apa-apa sahaja yang menyukarkan orang ramai untuk mencari atau ingin membuka aplikasi pada skrin telefon mereka yang berselerak berisiko memudaratkan penggunaan."

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.