- Iklan -
Luar Sana

Israel rancang sambungan jajaran kereta api AS$27 bilion, intai sedia laluan darat ke Arab Saudi

Pelan itu pada dasarnya adalah kebangkitan semula idea yang dipromosikan selama bertahun-tahun, meskipun terdapat sedikit kemajuan telah dicapai.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera Israel dilihat berhampiran Dome of the Rock di Kota Lama Baitulmaqdis, 23 Julai. Gambar: Reuters
Bendera Israel dilihat berhampiran Dome of the Rock di Kota Lama Baitulmaqdis, 23 Julai. Gambar: Reuters

Israel akan membina sambungan jajaran rel bernilai AS$27 bilion (kira-kira RM123 bilion) yang akan menghubungkan kawasan terpencilnya ke metropolitan Tel Aviv dan, pada masa depan, boleh menyediakan hubungan darat ke Arab Saudi, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.

Pengumuman itu disusuli lawatan pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS) ke Arab Saudi minggu lalu untuk memajukan kemungkinan menjalin hubungan formal antara kuasa besar Islam itu dan Israel. 

Membuka mesyuarat mingguan kabinet Israel, Netanyahu kelihatan mengetepikan krisis Perlembagaan yang melanda negara itu selama tujuh bulan, menjejaskan ekonominya dan menggoyahkan keyakinan sekutu Barat terhadap kemajuan demokrasinya. 

Sebaliknya, beliau mempromosikan inisiatif infrastruktur termasuk "Projek Satu Israel", yang disifatkannya direka untuk mengurangkan masa perjalanan dengan kereta api ke pusat perniagaan dan kerajaan negara itu kepada kurang dua jam.

Pelan itu pada dasarnya adalah kebangkitan semula idea yang dipromosikan selama bertahun-tahun, meskipun terdapat sedikit kemajuan telah dicapai. 

Kerajaan Israel pada 2010 meluluskan inisiatif berbilion syikal yang sama untuk rangkaian pengangkutan seluruh negara yang tidak mendapat sambutan. 

"Saya ingin menambah bahawa pada masa depan kita juga akan dapat mengangkut kargo melalui kereta api dari Eilat ke Mediterranean kita, dan juga akan dapat menghubungkan Israel dengan kereta api ke Arab Saudi dan semenanjung Arab," katanya dalam kenyataan di televisyen. 

"Mengenai ini juga, kami sedang berusaha." 

Menteri kewangan Israel berkata idea itu adalah untuk menyediakan sambungan kereta api berkelajuan tinggi, utara-selatan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.