- Iklan -
Luar Sana

Jawatankuasa pemilihan hakim mungkin akan ditukar, kata PM Israel

Bulan lalu, gabungan itu meluluskan undang-undang yang menghapuskan kuasa mahkamah untuk membatalkan tindakan kerajaan berdasarkan langkah yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak munasabah’.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pandangan dari udara menunjukkan penunjuk perasaan melancarkan demonstrasi menentang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan rombakan kehakiman kerajaan gabungan nasionalisnya, di Tel Aviv, Israel, 5 Ogos. Gambar: Reuters
Pandangan dari udara menunjukkan penunjuk perasaan melancarkan demonstrasi menentang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan rombakan kehakiman kerajaan gabungan nasionalisnya, di Tel Aviv, Israel, 5 Ogos. Gambar: Reuters

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dipetik sebagai berkata pada Ahad bahawa beliau akan berusaha untuk menukar jawatankuasa pemilihan hakim, di tengah-tengah gelombang protes terhadap undang-undang dirancang yang boleh menyaksikan pelucutan banyak kuasa mahkamah tertinggi.

Ditanya mengenai fasa perundangan seterusnya mengenai badan kehakiman, Netanyahu berkata "ia mungkin mengenai komposisi jawatankuasa yang memilih hakim". 

Beliau memberitahu Bloomberg: "Itu pada asasnya apa yang tinggal." 

“Kerana perkara lain saya rasa kita tidak patut menggubal undang-undang,” katanya, tanpa mengulas lanjut. 

Penyokong undang-undang itu mengatakan ia mengembalikan keseimbangan kepada cabang kerajaan, manakala mereka yang menentang mengatakan ia akan melenyapkan semakan ke atas kuasa kerajaan.

Rombakan kehakiman yang dirancang telah mencetuskan bantahan dan kritikan di dalam dan luar negara. 

Bulan lalu, gabungan itu meluluskan undang-undang yang menghapuskan kuasa mahkamah untuk membatalkan tindakan kerajaan berdasarkan langkah yang diklasifikasikan sebagai "tidak munasabah".

Netanyahu memberitahu Bloomberg, beliau tidak mahu kerajaan campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh bank pusat dan akan mempertimbangkan supaya pengarah sedia ada dikekalkan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.