- Iklan -
Luar Sana

Taufan Khanun badai sebahagian Jepun, 350 penerbangan dibatalkan

Pada masa ini, Taufan Khanun bergerak dari barat daya Kyushu ke barat laut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ombak tinggi akibat taufan Khanun menghempas tembok laut di Seogwipo di pulau Jeju, Korea Selatan, 9 Ogos. Gambar: Reuters
Ombak tinggi akibat taufan Khanun menghempas tembok laut di Seogwipo di pulau Jeju, Korea Selatan, 9 Ogos. Gambar: Reuters

Taufan Khanun melanda wilayah Kagoshima dan Kumamoto di barat daya Jepun pada Rabu dan kini bergerak ke arah utara, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan NHK.

Pegawai kaji cuaca memberi amaran tentang kejadian tanah runtuh, banjir, limpahan sungai, dan angin kencang manakala hujan lebat dijangka melanda wilayah yang dilanda taufan.

Kira-kira 350 penerbangan yang beroperasi antara wilayah Miyazaki dan Kagoshima di pulau Kyushu dan wilayah lain telah dibatalkan akibat taufan berkenaan, Sputnik memetik laporan media Jepun pada Rabu.

Pada masa ini, Taufan Khanun bergerak dari barat daya Kyushu ke barat laut.

Akibat angin kencang dan hujan lebat, sekitar 15,000 isi rumah di Kagoshima dan kira-kira 2,600 isi rumah di Miyazaki terputus bekalan elektrik, menurut penyiar NHK.

Taburan hujan sehingga 300 milimeter (satu kaki) dijangka melanda pulau Kyushu dalam tempoh 24 jam, menurut laporan itu.

Hujan lebat juga dijangka melanda pulau Shikoku, serta wilayah Tokai dan Kinki.

Taufan itu juga telah menjejaskan wilayah Nagasaki. Hampir 35,000 penduduk bandar Goto dan 2,200 penduduk kampung Ojika menerima arahan pemindahan susulan taufan itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.