- Iklan -
Luar Sana

X lengah akses kandungan Reuters, NY Times, pesaing media sosial

Jutawan Elon Musk, yang membeli Twitter pada Oktober, sebelum ini telah menyelar pertubuhan berita dan wartawan yang telah melaporkan secara kritis mengenai syarikatnya, termasuk Tesla dan SpaceX.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Akaun Twitter Elon Musk dilihat dalam ilustrasi ini yang diambil pada 24 Julai. Gambar: Reuters
Akaun Twitter Elon Musk dilihat dalam ilustrasi ini yang diambil pada 24 Julai. Gambar: Reuters

Syarikat media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, melengahkan akses pautan ke kandungan di laman web Reuters dan New York Times serta saingan seperti Bluesky, Facebook dan Instagram, menurut laporan Washington Post semalam. 

Menurut laporan Washington Post, jika pengguna klik pada pautan X ke salah satu laman sesawang terjejas, ia akan mengakibatkan kelewatan kira-kira lima saat sebelum halaman tersebut dimuat naik.

Portal berita itu menjalankan ujian semalam dan mendapati Reuters juga mengalami kelewatan yang sama.

Menjelang lewat petang Selasa, X nampaknya telah menghapuskan kelewatan itu. 

Apabila dihubungi untuk mendapatkan ulasan, X mengesahkan kelewatan tersebut sudah ditangani tetapi tidak menjelaskan secara terperinci. 

Jutawan Elon Musk, yang membeli Twitter pada bulan Oktober, sebelum ini telah menyelar pertubuhan berita dan wartawan yang telah melaporkan secara kritis mengenai syarikatnya, termasuk Tesla dan SpaceX. 

Twitter sebelum ini telah menghalang pengguna daripada menyiarkan pautan ke platform media sosial pesaing.

Reuters tidak dapat menentukan masa yang tepat apabila X mula menangguhkan pautan ke beberapa laman sesawang. 

Seorang pengguna di forum teknologi, Hacker News, pernah menyiarkan mengenai kelewatan itu lebih awal dan mendakwa X mula menangguhkan pautan ke New York Times pada 4 Ogos. 

Pada hari sama, Musk mengkritik liputan penerbitan Afrika Selatan dan menuduh syarikat itu menyokong gesaan pembunuhan beramai-ramai. 

Reuters tidak mempunyai bukti bahawa kedua-dua peristiwa itu berkaitan. 

Jurucakap New York Times berkata ia belum menerima penjelasan daripada X mengenai kelewatan pautan itu. 

"Walaupun kami tidak tahu rasional di sebalik kelewatan masa ini, kami bimbang dengan tekanan disasarkan yang dikenakan kepada mana-mana pertubuhan berita atas sebab yang tidak jelas," kata jurucakap itu semalam.

Jurucakap Reuters berkata: "Kami menyedari laporan dalam Washington Post mengenai kelewatan dalam membuka pautan kepada berita Reuters di X. Kami sedang meneliti perkara itu." 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada Bluesky, pesaing X yang mempunyai pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey namun tidak berjaya.

Ini termasuk Meta, yang memiliki Facebook dan Instagram.