- Iklan -
Luar Sana

Sirap ubat batuk tercemar India berada di pasaran Uzbekistan kerana rasuah, mahkamah diberitahu

Pengedar dikatakan telah menawarkan rasuah sebanyak AS$33,000 kepada pegawai tempatan bagi mengelak daripada menjalankan ujian mandatori ke atas produknya.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Defendan dan peguam menghadiri perbicaraan mahkamah dalam kes kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan sirap ubat batuk tercemar, di Tashkent, Uzbekistan, 16 Ogos. Gambar: Reuters
Defendan dan peguam menghadiri perbicaraan mahkamah dalam kes kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan sirap ubat batuk tercemar, di Tashkent, Uzbekistan, 16 Ogos. Gambar: Reuters

Pengedar sirap ubat batuk tercemar buatan India yang membunuh 65 kanak-kanak di Uzbekistan menawarkan rasuah sebanyak AS$33,000 (RM153,268.50) kepada pegawai tempatan untuk mengelak daripada menjalankan ujian mandatori, demikian menurut pertuduhan yang dibaca pendakwa raya Uzbekistan ketika perbicaraan semalam. 

Seramai 21 individu sedang dibicarakan – 20 daripadanya adalah warga Uzbekistan manakala seorang warga India – berhubung kematian minggu lalu, menjadikan angka kematian lebih tinggi berbanding dilaporkan sebelum ini.

Tiga defendan (seorang rakyat India dan dua warga Uzbekistan) adalah eksekutif Quramax Medical, sebuah syarikat yang menjual ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh Marion Biotech India, di Uzbekistan.

Menurut Pendakwa Raya Saidkarim Akilov, Ketua Pegawai Eksekutif Quramax Singh Raghvendra Pratar, didakwa menawarkan rasuah kepada pegawai di pusat kepakaran dan piawaian produk perubatan sebanyak AS$33,000 supaya mereka tidak menjalankan pemeriksaan mandatori ke atas produknya.

Menurut kenyataan pendakwa, tidak dapat dipastikan sama ada pemeriksaan itu sepatutnya melibatkan ujian di Uzbekistan, atau permintaan untuk ujian dijalankan oleh pengeluar di India. 

Pratar ketika memberitahu mahkamah, bagaimanapun menafikan pertuduhan itu namun mengaku menyerahkan wang tersebut kepada pegawai berkenaan melalui seorang perantara sebagai "tanda penghargaan". 

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana dan oleh siapa wang itu digunakan kemudian. 

Tujuh daripada 21 defendan mengaku bersalah terhadap sekurang-kurangnya beberapa pertuduhan terhadap mereka, termasuk pengelakan cukai, penjualan ubat-ubatan substandard atau tiruan, penyalahgunaan jawatan, kecuaian, pemalsuan dan rasuah. 

Beberapa pegawai tidak menyatakan mengapa 45 kematian kekal tidak dilaporkan sejak tahun lepas. 

Pendakwa raya juga berkata bahawa Quramax telah mengimport ubat Marion Biotech pada harga yang melambung melalui dua syarikat perantara yang berpangkalan di Singapura, yang menyebabkan tidak dikenakan cukai.