- Iklan -
Luar Sana

3 calon layak bertanding dalam pilihan raya presiden Singapura

Pilihan raya presiden akan berlangsung pada 1 September jika lebih daripada seorang calon layak bertanding.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail rakyat republik itu melepasi deretan bangunan tinggi di Singapura 11 Oktober 2017. Gambar: Reuters
Gambar fail rakyat republik itu melepasi deretan bangunan tinggi di Singapura 11 Oktober 2017. Gambar: Reuters

Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden Singapura pada Jumaat mengeluarkan sijil kelayakan kepada pelabur kanan Ng Kok Song, bekas menteri kanan Shanmugaratnam Tharman dan bekas Ketua Pendapatan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Tan Kin Lian untuk bertanding dalam pilihan raya presiden bulan depan.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengeluarkan writ pemilihan presiden dan menetapkan hari penamaan calon pada 22 Ogos, lapor Xinhua.

Pilihan raya presiden akan berlangsung pada 1 September jika lebih daripada seorang calon layak bertanding jawatan presiden, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya negara itu sebelum ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.