- Iklan -
Luar Sana

Ribut Tropika Hilary landa California

Ribut berkenaan membawa hujan lebat dan angin kencang, manakala pegawai memberi amaran mengenai kemungkinan banjir yang boleh membawa maut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Angin kencang dan hujan lebat dilihat dari sebuah kediaman ketika Ribut Tropika Hilary menghampiri, di Cathedral City, California, AS 20 Ogos, dalam tangkap layar yang diperoleh daripada video media sosial. Gambar: Reuters
Angin kencang dan hujan lebat dilihat dari sebuah kediaman ketika Ribut Tropika Hilary menghampiri, di Cathedral City, California, AS 20 Ogos, dalam tangkap layar yang diperoleh daripada video media sosial. Gambar: Reuters

Selepas mendarat di Mexico awal Ahad, ribut tropika Hilary kini dilaporkan melanda California dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, manakala pegawai memberi amaran mengenai kemungkinan banjir yang boleh membawa maut.

Selatan California telah mengalami kesan ribut sejak awal Ahad dan jumlah curahan hujan mula meningkat, Xinhua memetik laporan CNN.

"Kami tidak biasa dengan tahap hujan lebat seperti ini, secara amnya. Sudah tentu bukan pada pertengahan musim panas," Datuk Bandar San Diego Todd Gloria dipetik sebagai berkata pada Ahad.

Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan bekalan elektrik terputus akibat angin kencang serta banjir.

Ribut Tropika Hilary dengan kekuatan maksimum 60 mph (97 kph) kini berada kira-kira 115 batu di selatan-tenggara San Diego, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.

Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat, dan pegawai menggesa orang ramai untuk menyelesaikan pekerjaan mereka sebelum matahari terbenam Sabtu.

"Taufan itu adalah bencana iklim utama terbaharu yang mendatangkan malapetaka di seluruh AS, Kanada dan Mexico," lapor The Associated Press.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.