- Iklan -
Luar Sana

Thaksin boleh dapatkan pengampunan diraja

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong berkata proses itu boleh mengambil masa satu hingga dua bulan, bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra berjalan di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok, Thailand 22 Ogos. Gambar: Reuters
Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra berjalan di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok, Thailand 22 Ogos. Gambar: Reuters

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong.

Beliau berkata Thaksin memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.

“Proses itu boleh mengambil masa satu hingga dua bulan, bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan mencukupi,” katanya pada sidang media di Bangkok pada Selasa. 

Permohonan pengampunan diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.

"Jawatankuasa akan serahkan permohonan itu kepada Kementerian Kehakiman dan kemudian perdana menteri akan mengemukakannya untuk pertimbangan Majlis Privy," katanya.

Terdahulu pada hari ini, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Thaksin kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Ayuth Sintoppant berkata keadaan kesihatan Thaksin sedang dipantau.

Thaksin dikatakan mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung dan paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang.

Beliau berkata Thaksin berada di dalam bilik persendirian di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok dan akan bertemu ahli keluarga pada hari kelima.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.