- Iklan -
Luar Sana

Ketua Wagner Prigozhin dipercayai maut dalam jet terhempas di Rusia

Agensi penerbangan awam Rusia, Rosaviatsiya berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Serpihan jet peribadi yang dikaitkan dengan ketua tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin dilihat berhampiran lokasi nahas di wilayah Tver, Rusia, 24 Ogos. Gambar: Reuters
Serpihan jet peribadi yang dikaitkan dengan ketua tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin dilihat berhampiran lokasi nahas di wilayah Tver, Rusia, 24 Ogos. Gambar: Reuters

Ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin dan komandan kanan beliau, Dmitry Utkin berada di dalam sebuah jet yang terhempas di Rusia tanpa ada mangsa yang selamat.

Agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas penerbangan awam, Rosaviatsiya sebelum ini hanya berkata Prigozhin disenaraikan dalam senarai penumpang jet malang itu.

Tetapi pada Rabu malam, agensi tersebut memberikan nama semua tujuh penumpang dan tiga orang anak kapal yang dikatakan berada dalam jet Embraer tersebut ketika ia terhempas berdekatan Moscow beberapa jam sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Namun begitu, Rosaviatsiya mahupun mana-mana pegawai Rusia yang lain masih belum menyatakan dengan tegas bahawa Prigozhin telah terbunuh.

Saluran Telegram Grey Zone, yang berkaitan dengan Wagner menyatakan Prigozhin meninggal dunia.

Rosaviatsiya berkata jet malang itu dalam perjalanan dari Moscow ke St Petersburg dan terbang "mengikut permit penerbangan yang dikeluarkan mengikut urutan yang betul".

Agensi itu berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.

Agensi Berita TASS Russia melaporkan tiada kematian dilaporkan di lapangan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.