- Iklan -
Luar Sana

Pengendali grid di AS rayu pemuliharaan susulan gelombang haba berterusan

Kerapuhan grid Texas diserlahkan pada 2021, apabila berlaku “blackout” besar-besaran mengorbankan puluhan penduduk dan menyebabkan jutaan orang terputus bekalan elektrik, air dan haba selama beberapa hari susulan talian bekalan gas dan loji kuasa membeku.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pekerja American Electric Power membaiki kabel elektrik semasa gelombang panas di Eagle Pass, Texas, AS 28 Julai. Gambar: Reuters
Seorang pekerja American Electric Power membaiki kabel elektrik semasa gelombang panas di Eagle Pass, Texas, AS 28 Julai. Gambar: Reuters

Pengendali grid elektrik Texas meminta penduduk dan perniagaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga semalam selepas rizabnya dijangka berkurangan semasa gelombang cuaca panas terik yang menyebabkan permintaan meningkat. 

Majlis Kebolehpercayaan Elektrik Texas (ERCOT) mengeluarkan rayuan untuk pemuliharaan dari 4 petang hingga 9 malam waktu tempatan di laman sesawangnya, mengatakan rizab mungkin berkurangan disebabkan permintaan tinggi dan kekurangan penjanaan tenaga angin dan solar. 

"Kami meminta perniagaan Texas dan penduduk menjimatkan penggunaan elektrik, jika selamat untuk berbuat demikian," kata ERCOT dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter. 

ERCOT telah mengeluarkan satu lagi rayuan pemuliharaan untuk tengah hari dan petang pada Sabtu, yang ditarik balik kira-kira 10 malam itu.

Amaran haba berlebihan kekal berkuat kuasa untuk Houston dan Galveston, Texas, pada Ahad sebagai "keadaan panas yang berbahaya" dengan suhu tinggi yang boleh mencapai 43.3 darjah Celsius, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan semalam. 

Kerapuhan grid Texas diserlahkan pada 2021, apabila berlaku “blackout”  besar-besaran mengorbankan puluhan penduduk dan menyebabkan jutaan orang terputus bekalan elektrik, air dan haba selama beberapa hari susulan talian bekalan gas dan loji kuasa membeku.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.