- Iklan -
Luar Sana

14 terbunuh dalam serangan gereja di timur Congo, kata pegawai

Kumpulan Kerjasama Pembangunan Congo (CODECO) didakwa terlibat dalam serangan itu, kata pentadbir wilayah Djugu Ruphin Mapela dan ketua masyarakat sivil Dieudonne Lossa.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita Congo dan anak-anaknya duduk di pusat rawatan di Butembo di Republik Demokratik Congo, 28 Mac 2019. Gambar: Reuters
Seorang wanita Congo dan anak-anaknya duduk di pusat rawatan di Butembo di Republik Demokratik Congo, 28 Mac 2019. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh di wilayah Ituri di timur Congo pada Ahad, selepas militan menyerang penganut yang sedang berdoa di dalam gereja, kata jurucakap pihak berkuasa tempatan dan seorang pemimpin masyarakat sivil semalam. 

Kumpulan Kerjasama Pembangunan Congo (CODECO), salah satu daripada kumpulan militan yang beroperasi di timur yang dilanda konflik, didakwa terlibat dalam serangan itu, kata pentadbir wilayah Djugu Ruphin Mapela dan ketua masyarakat sivil Dieudonne Lossa. 

“Mangsa sedang berdoa, tetapi malangnya anggota militan yang dikenali pasti sebagai CODECO melepaskan tembakan ke arah mereka,” kata Lossa.

Menurut Mapela dan Lossa, seramai sembilan orang awam, empat anggota militan itu dan seorang askar terkorban dalam serangan itu.

Mapela berkata pemberontak tersebut menyerang gereja Mesa, Cepac dan Aumopro yang terletak berdekatan dengan pantai Tasik Albert di wilayah Bahema-Nord. 

"Sehubungan itu, kami menyeru penduduk untuk bertenang sementara angkatan bersenjata menjejaki penjenayah ini untuk mengekang tindakan mereka," kata jurucakap tentera Ituri Jules Ngongo Tshikudi. 

CODECO mengaku mempertahankan kepentingan para petani Lendu, yang telah lama berkonflik dengan penggembala Hema. 

Serbuan CODECO telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang berpanjangan di wilayah Ituri, di mana kira-kira 3 juta orang sangat memerlukan bantuan, menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.