Luar Sana
Ketua Wagner Prigozhin disemadikan secara tertutup di St Petersburg
Atas permintaan keluarga Prigozhin, hanya ahli keluarga dan rakan rapatnya dijemput untuk menghadiri upacara itu.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Jasad ketua kumpulan tentera Wagner, Yevgeny Prigozhin, disemadikan dalam satu upacara tertutup pada Selasa di St Petersburg, lapor Xinua.
Menurut Agensi Berita Rusia TASS, atas permintaan keluarga Prigozhin, hanya ahli keluarga dan rakan rapatnya dijemput untuk menghadiri upacara itu.
Prigozin terbunuh selepas sebuah jet peribadi Rusia terhempas pada 23 Ogos di Wilayah Tver Rusia dalam perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg. Kesemua 10 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Punca nahas masih disiasat.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi