Siklon ekstratropika melanda selatan Brazil, menyebabkan rumah banjir, air sungai melimpah dan meragut lebih 20 nyawa, kata pihak berkuasa negeri semalam.
Luana da Luz adalah antara ratusan rakyat Brazil yang mengemas barang-barang mereka dalam usaha untuk menyelamatkan diri dari air yang semakin naik.
"Sejak awal pagi, kami melihat (air) akan membanjiri (rumah kami) dan kami meletakkan barang di atas meja, di atas dapur kayu, tetapi ia tidak membantu," kata Da Luz, seorang penduduk bandar Passo Fundo di negeri selatan Rio Grande Sul, di mana pihak berkuasa negeri mengesahkan kematian 21 orang.
Mangsa tambahan disahkan di Santa Catarina, menurut pihak berkuasa tempatan.
Video yang diperoleh Reuters menunjukkan rumah di Mucum ditenggelami air, manakala jalan dan sungai turut dinaiki air.
Puluhan rumah mengalami kerosakan pada bumbung akibat hujan batu dan ratusan penduduk tidak dapat dihubungi di Rio Grande do Sul.
Kerajaan persekutuan Brazil mengumumkan beberapa langkah untuk bertindak terhadap bencana itu, dan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berjanji kerajaannya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk "menyelamatkan rakyat daripada masalah ini."
"Saya berasa dukacita. Saya hilang segala-galanya," kata Dice Reginatto, dari bandar Nova Bassano di Rio Grande do Sul.
"Ramai yang kehilangan lebih banyak, tetapi di sini di rumah saya tidak mempunyai apa-apa lagi.