- Iklan -
Luar Sana

Polis Indonesia tahan 39 suspek dikaitkan dengan sindiket dadah serantau

Rangkaian itu dikendalikan oleh warga Indonesia Fredy Pratama, yang masih bebas, dan sejak 2020 telah mengumpulkan lebih AS$683.73 juta aset termasuk hartanah, kata polis.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Polis Indonesia berkata 39 suspek yang ditahan di tiga negara dikaitkan dengan sindiket 'berstruktur' yang mengedar methamphetamine keluar dari 'Golden Triangle' – persimpangan Myanmar, Thailand dan Laos. Gambar: Pexels
Polis Indonesia berkata 39 suspek yang ditahan di tiga negara dikaitkan dengan sindiket 'berstruktur' yang mengedar methamphetamine keluar dari 'Golden Triangle' – persimpangan Myanmar, Thailand dan Laos. Gambar: Pexels

Polis Indonesia dalam operasi bersama pihak berkuasa Thailand dan Malaysia minggu ini menahan 39 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket dadah serantau yang telah mengumpul ratusan juta aset, kata seorang pegawai kanan polis. 

Suspek, yang ditahan di ketiga-tiga negara itu, dikaitkan dengan sindiket "berstruktur" yang mengedar methamphetamine keluar dari 'Golden Triangle' – persimpangan Myanmar, Thailand dan Laos yang mempunyai sejarah panjang menghasilkan narkotik haram – ke negara seperti Indonesia, kata polis. 

Rangkaian itu dikendalikan oleh warga Indonesia Fredy Pratama, yang masih bebas, dan sejak 2020 telah mengumpulkan lebih AS$683.73 juta (kira-kira RM3.2 bilion) dalam aset termasuk hartanah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia Wahyu Widada. 

“Selepas banyak siasatan, didapati sindiket Fredy Pratama agak besar,” katanya pada sidang media hari ini, sambil menambah polis telah merampas sejumlah kira-kira 10 tan dadah sejak 2020.

Tidak dapat dipatikan sama ada sindiket itu masih beroperasi ataupun tidak. 

Polis berkata suspek yang ditahan di Indonesia boleh berdepan hukuman mati kerana melanggar undang-undang anti-narkotik paling keras di dunia.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.