- Iklan -
Luar Sana

Polis Indonesia tahan 43 individu selepas rusuhan di kawasan perindustrian

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata kerajaan bercadang untuk menyediakan tanah dan sebuah rumah kepada setiap penduduk sebagai pampasan untuk berpindah.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Indonesia Joko Widodo. Gambar: Reuters
Presiden Indonesia Joko Widodo. Gambar: Reuters

Polis Indonesia menahan 43 individu yang didakwa menyebabkan rusuhan dan menyerang polis semasa protes terhadap rancangan untuk menempatkan semula komuniti bagi kawasan perindustrian berbilion dolar, kata polis hari ini. 

Pertempuran meletus di pulau Rempang, terletak kira-kira 44km dari Singapura, semalam di mana kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat BP Batam, salah satu pemaju yang cadangkan, Rempang Eco City. 

Rakaman video di media tempatan menunjukkan penunjuk perasaan membaling botol dan batu ke arah polis dan merobohkan pagar, dengan pegawai bertindak balas dengan melepaskan meriam air dan gas pemedih mata. 

Rempang Eco City akan menjadi lokasi kepada sebuah kilang yang dikendalikan oleh pengeluar kaca China, Xinyi Glass Holdings Ltd, yang komited untuk membina kilang pemprosesan pasir kuarza bernilai AS$11.5 bilion (kira-kira RM53.8 bilion) di kawasan perindustrian itu.

"Kami menahan mereka kerana melakukan vandalisme dan menentang polis," kata Pandra Arsyad, jurucakap polis Pulau Riau, sambil menambah penunjuk perasaan bersurai menjelang lewat petang.

Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini berkata kerajaan bercadang untuk menyediakan tanah dan sebuah rumah kepada setiap penduduk sebagai pampasan untuk berpindah. 

"Tetapi ini tidak dimaklumkan dengan baik kepada rakyat. Jadi, ia menjadi masalah," katanya merujuk kepada bantahan itu. 

Jurucakap BP Batam, Ariastuty Sirait berkata penduduk enggan berpindah setelah menetap di tanah itu selama bertahun-tahun.

Tambahnya, mereka akan menerima bantuan tunai sehingga penempatan baharu siap dan kira-kira 700 keluarga akan dipindahkan pada peringkat pertama.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.