Kerajaan AS mula edar kit ujian Covid secara percuma
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$600 juta dalam 12 pengeluar ujian Covid-19 tempatan.
Terkini
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat semalam memaklumkan ia akan mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada isi rumah di seluruh negara.
Bermula 25 September, isi rumah sekali lagi boleh memesan empat kit ujian kendiri percuma melalui CovidTests.gov, kata agensi kesihatan itu.
Menurut HHS, saringan itu boleh mengesan varian Covid-19 yang sedang menular dan bertujuan untuk digunakan hingga akhir 2023.
HHS juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$600 juta (kira-kira RM2.8 bilion) dalam 12 pengeluar kit ujian kendiri Covid-19 tempatan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.