- Iklan -
Luar Sana

Perjanjian 'normalisasi' Israel akan gagal, kata presiden Iran

Israel telah bergerak lebih dekat dengan Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020, mendorong untuk menormalkan hubungan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Iran Ebrahim Raisi menyampaikan ucapan semasa perarakan tahunan tentera di Tehran, Iran, 22 September. Gambar: Reuters
Presiden Iran Ebrahim Raisi menyampaikan ucapan semasa perarakan tahunan tentera di Tehran, Iran, 22 September. Gambar: Reuters

Presiden Iran Ebrahim Raisi dalam wawancara bersama televisyen Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa usaha yang ditaja AS untuk menormalkan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi, "tidak akan berjaya". 

Dalam temu bual dengan CNN, Raisi juga berkata Iran tidak menyatakan ia tidak mahu pemeriksa nuklear daripada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara itu. 

Raisi berkata Iran tidak mempunyai isu dengan pemeriksaan badan nuklear PBB ke atas tapak nuklearnya, beberapa hari selepas Tehran menghalang beberapa pemeriksa yang ditugaskan ke negara itu. 

Israel telah bergerak lebih dekat dengan Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020, mendorong untuk menormalkan hubungan.

Menjalin hubungan dengan Arab Saudi – penjaga kota suci umat Islam – akan menjadi hadiah utama bagi Israel dan mengubah geopolitik Asia Barat. 

Mengulas mengenai program nuklear Iran, Raisi berkata: "Kami telah mengumumkan berulang kali bahawa penggunaan senjata nuklear, senjata pemusnah besar-besaran secara umum, tiada empat di sini. Mengapa? Kerana kami tidak mempercayainya, dan kami juga tidak memerlukannya".

 "Sebab itu Republik Islam Iran tidak kata kami tidak mahu mana-mana pemeriksa berada di sini."

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.