- Iklan -
Luar Sana

13 maut dalam kebakaran kelab malam di bandar Murcia Sepanyol

Menurut polis beberapa mayat ditemui di kelab malam Fonda, salah satu daripada tiga kelab bersebelahan, yang mengalami sebahagian besar kerosakan kebakaran, termasuk runtuhan bumbungnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran di dalam sebuah kelab malam di Murcia, Sepanyol, 1 Oktober, dalam tangkap layar yang diperoleh daripada video. Gambar: Reuters
Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran di dalam sebuah kelab malam di Murcia, Sepanyol, 1 Oktober, dalam tangkap layar yang diperoleh daripada video. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam kebakaran di sebuah kelab malam di bandar Murcia, Sepanyo semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga kelab malam terlibat dalam kebakaran itu.

Kebakaran bermula dari satu daripada kelab malam Teatre, sebuah kelab malam yang popular di bandar tenggara Sepanyol pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan.

Api kemudiannya marak dengan pantas ke premis lain.

Menurut Agensi Anadolu, anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan api.

Sementara itu Datuk Bandar Murcia Jose Ballestano mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Punca kebakaran masih disiasat.