- Iklan -
Luar Sana

Britain anugerahkan kontrak £4 bilion kepada BAE Systems, bina kapal selam Aukus

AS, Australia dan Britain pada Mac mendedahkan butiran rancangan Aukus untuk menyediakan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear seawal 2030-an untuk menyekat pengaruh China di Indo-Pasifik.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kapal selam tempur kelas Virginia USS Hawaii (SSN 776) melalui kawah Diamond Head di Oahu di Hawaii semasa transit ke Pearl Harbor dalam gambar edaran 23 Julai 2009 yang diperoleh pada 6 Julai 2017. Foto: Reuters

Kerajaan Britain telah menganugerahkan kontrak AS$4.9 bilion (kira-kira RM23 bilion) kepada BAE Systems sebagai sebahagian daripada program Aukus dengan Australia dan Amerika Syarikat (AS) untuk membina kapal selam, kata menteri pertahanan Grant Shapps dan syarikat itu pada Ahad. 

AS, Australia dan Britain pada Mac mendedahkan butiran rancangan Aukus untuk menyediakan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear seawal 2030-an untuk menyekat pengaruh China di Indo-Pasifik.

BAE Systems dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pertahanan telah menganugerahkannya pembiayaan £3.95 bilion untuk menampung kerja pembangunan hingga 2028, membolehkan ia memulakan kerja reka bentuk terperinci pada kapal selam. 

"Pelaburan berbilion paun dalam program kapal selam Aukus ini akan membantu menyampaikan keupayaan kapal selam jangka panjang yang diperlukan oleh UK," kata Shapps dalam kenyataan itu. 

BAE Systems berkata pembuatan kapal selam itu akan bermula menjelang penghujung dekad ini dengan kapal pertama SSN-Aukus akan dihantar pada penghujung 2030-an.