Dua minggu menjelang pilihan raya parlimen di Poland, pakatan pembangkang menyeru penyokong untuk turun ke jalan raya di Warsaw pada Ahad bagi menyertai "March of a Million Hearts", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pakatan Sivik yang wujud daripada bekas parti pemerintah Platform Sivik Donald Tusk dan mahu memastikan demonstrasi itu berjaya seperti yang pernah diadakan pada Jun lalu.
Demonstrasi itu juga disokong oleh pakatan Lewica. Pihak penganjur menjangkakan sehingga sejuta peserta menyertai perhimpunan berkenaan.
Rakyat Poland akan mengundi pada 15 Oktober nanti dan berdasarkan semua tinjauan setakat ini, parti yang memerintah sejak 2015, mendahului dengan margin yang besar.
Tinjauan oleh Institut Ibris pada 27 September lalu menunjukkan parti yang memerintah diunjurkan mendapat 35.1% undi dan boleh menerajui kerajaan untuk penggal ketiga.