- Iklan -
Luar Sana

Vietnam isytihar rampasan bon haram pemaju hartanah pada AS$1.2 bilion

Vietnam baru-baru ini meluaskan usaha anti rasuahnya dengan beberapa siri penangkapan tokoh korporat berprofil tinggi, termasuk broker saham terkemuka, pemaju hartanah dan juga pengawal selia.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kereta dan motosikal melintasi jalan yang dihiasi bendera negara itu di Hanoi, Vietnam, 25 Januari 2021. Gambar: Reuters
Kereta dan motosikal melintasi jalan yang dihiasi bendera negara itu di Hanoi, Vietnam, 25 Januari 2021. Gambar: Reuters

Polis Vietnam semalam mengisytiharkan rampasan penipuan bon ke atas pemaju hartanah Van Thinh Phat Holdings Group dan sekutunya kira-kira AS$1.23 bilion (kira-kira RM5.8 bilion).

Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menipu kira-kira 42,000 pelabur.

Ini adalah kali pertama pihak berkuasa Vietnam mengumumkan jumlah wang yang terlibat dalam kes tersebut sejak mereka menahan pengerusi syarikat itu, Truong My Lan, setahun lalu kerana disyaki melakukan penipuan kewangan. 

Setakat ini, belum ada yang dibicarakan. 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada syarikat ini berhubung tuduhan berkenaan namun tidak berjaya.

Reuters juga menghubungi peguam Lan untuk mendapatkan komen namun tidak berjaya.

Van Thinh Phat dan sekutunya dituduh menerbitkan bon secara haram untuk mengumpul wang daripada pelabur dari 2018-2020. 

Kementerian berkata ia telah meminta mangsa untuk bekerjasama dengan pasukan penyiasat "untuk menyelesaikan siasatan dan melindungi hak mereka".

Vietnam baru-baru ini meluaskan usaha anti rasuahnya dengan beberapa siri penangkapan tokoh korporat berprofil tinggi, termasuk broker saham terkemuka, pemaju hartanah dan juga pengawal selia.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.