- Iklan -
Luar Sana

Suspek tembakan pusat beli-belah Thailand ubah suai pistol

Kekacauan tercetus di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok sewaktu hampir waktu puncak, dengan ratusan bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus mendengar bunyi tembakan itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Komando polis Thailand tiba Susulan tembakan dilepaskan ke arah pusat beli-belah mewah Siam Paragon, di Bangkok, Thailand, 3 Oktober. Gambar: Reuters
Komando polis Thailand tiba Susulan tembakan dilepaskan ke arah pusat beli-belah mewah Siam Paragon, di Bangkok, Thailand, 3 Oktober. Gambar: Reuters

Seorang remaja yang disyaki membunuh dua warga asing dan mencederakan lima mangsa lain dalam tembakan di pusat beli-belah di Thailand telah mengubah suai sepucuk pistol untuk melepaskan tembakan secara rambang, kata seorang pegawai kanan polis hari ini. 

Kekacauan tercetus di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok sewaktu hampir waktu puncak, dengan ratusan pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus mendengar bunyi tembakan itu.

Mangsa yang maut ialah dua wanita dari China dan Myanmar. 

Lelaki yang disyaki bersenjata itu, berusia 14 tahun, telah ditahan lewat malam semalam. 

Mejar Jeneral Samran Nuanma berkata suspek telah mengubah suai senapang yang direka untuk melepaskan tembakan rambang, bagi membolehkan ia menggunakan peluru hidup. 

Polis berkata suspek telah menerima rawatan psikologi dan gagal mengambil ubatnya mengikut jadual ditetapkan.

"Biasanya kami tidak menahan suspek hidup-hidup. Kes ini adalah kajian penting bagi kami. Kami memerlukan maklumat daripada remaja itu," kata Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol dalam satu wawancara di televisyen hari ini. 

"Pada mulanya saya bercakap dengannya untuk menenangkannya kerana dia bimbang dan kelihatan mendengar seseorang bercakap dengannya, dia mendengar sesuatu, bunyi yang dia katakan menyuruhnya menembak," kata Torsak. 

Insiden di pusat membeli-belah paling terkenal di Thailand boleh menjadi tamparan kepada usaha negara itu untuk menyokong ekonominya yang lembap dengan meningkatkan sektor pelancongan terpentingnya.