Rosmah garang, boleh pengaruh Najib, kata bekas pembantu
Terdahulu, Rizal berkata pada 1 Mei 2009 sehingga Mei 2018, beliau bertugas di Bahagian F.L.O.M yang ditubuhkan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada awal April 2009, dan bahagian itu yang kemudian ditukarkan namanya kepada Bahagian Khas, secara rasmi ditugaskan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti harian rasmi dan tidak rasmi Rosmah.