Anwar tangguh pengumuman Kabinet
Pengumuman yang dijadualkan pada 5.00 petang hari ini ditangguhkan ke 8.15 malam.
Zahid perlu jadi TPM untuk stabilkan kerajaan Anwar, kata penganalisis
Penganalisis berkata langkah melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri akan memuaskan hati Majlis Kerja Tertinggi Umno.
Tindakan PH guna polis ‘sama macam BN’, kata pemimpin Bersatu
Dr Afif Bahardin berkata ancaman tindakan polis bertentangan dengan ikrar Pakatan Harapan untuk mempertahankan kebebasan bersuara.
Anwar 'tak berupaya' ketepi kluster mahkamah untuk jawatan Kabinet, kata penganalisis
Penganalisis berkata perdana menteri baru dari Pakatan Harapan itu terpaksa menerima cadangan Barisan Nasional kerana terikat dengan perjanjian antara mereka.
Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender, kata Anwar
Perdana menteri berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.
‘Bukan suara saya’, Johari Ghani nafi klip audio tular dakwa Umno ditawarkan kementerian, agensi utama
Suara mirip ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut didengar memberi amaran kepada DAP bahawa kerajaan akan runtuh 'jika mereka cakap banyak'.
Ahli Parlimen Umno 'menyepi' selepas Anwar diangkat jadi PM
Ramai pemimpin Umno yang sebelum ini secara terbuka menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan kini dilihat membuat 'pusingan U'.
Terima kasih atas tawaran, PN akan jadi pembangkang, kata Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata gabungannya komited untuk memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan dalam Parlimen.
'PN akan main peranan semak-imbang', kata Muhyiddin dalam ucapan tahniah kepada Anwar
Pengerusi Perikatan Nasional berkata gabungan itu akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat.
‘Kluster mahkamah’ sertai Kabinet akan dibincang, kata PM
Anwar Ibrahim meminta beliau diberikan ruang untuk berbincang mengenai kedudukan pemimpin Umno terpalit kes rasuah dalam kerajaan baru.
Istana tangguh tarikh akhir serah SD
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan waktu akhir serah nama kepada 2 petang esok.
3 cabaran tahun depan untuk dihadapi kerajaan baru
Oleh kerana PRU15 akan diadakan, maka Malaysia pasti menerima sebuah kerajaan baru, tidak kiralah daripada parti atau gabungan apa.