Bersatu masih belum pecat Osman Sapian, kata SU Agung
Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Osman Sapian masih kekal sebagai ahli Bersatu, kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin. Beliau berkata buat masa ini, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan. […]