Tiada dadah, racun perosak ditemui daripada mayat Nora Anne
Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner di Seremban hari ini analisis dadah yang dijalankan terhadap tiga spesimen diperoleh daripada mayat remaja Perancis-Ireland Nora Anne Quoirin termasuk spesimen hatinya pada 19 Ogos tahun lepas, tidak menemukan sebarang dadah biasa. Suhana Ismail, 52, bertugas di Bahagian Toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, yang turut menjalankan analisis pestisid […]