Memahami Islam Mamak
Terdapat satu tanggapan bahawa Islam mula-mula tiba ke benua India menerusi jalan utara. Justeru tradisinya Islam India adalah Parsi-Urdu-Hindi. Maka naratif baru yang dibangunkan oleh kumpulan kanan Hindu di India ialah Islam tiba dari luar menakluk mereka. Inilah satu hipotesis yang demikian bersungguh-sungguh disanggah oleh pembikin filem dokumentari Kombai S Anwar dalam dokumentarinya bertajuk Yaadhum. […]